• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK

ADAKAH ORANG KAYA WAJIB BERKORBAN PADA SETIAP TAHUN?

· Ibadah

SOALAN: Ada ulama yang berpendapat bahawa ibadah korban itu wajib dan ada pula yang berpendapat yang ianya hanya sunat. Jika kita berpegang kepada pendapat yang mewajibkannya, adakah kita wajib berkorban pada setiap tahun atau memadai jika ia dilakukan sekali sahaja seumur hidup?

JAWAPAN:

Jika kita berpegang kepada pendapat yang mewajibkan ibadah korban seperti yang menjadi pegangan Mazhab Hanafi, yang juga pendapat al-Imam al-Auza’i, al-Imam al-Laits dan salah satu pendapat al-Imam Ahmad bin Hanbal, maka kita wajib berkorban pada setiap tahun jika kita mampu kerana Allah telah memerintahkan di dalam al-Quran:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ

Maksudnya:

“Maka, bersolatlah kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban.”

SURAH AL-KAUTSAR (108) : 2

Para ulama yang mewajibkan ibadah korban berpendapat yang perintah di dalam ayat di atas membawa maksud wajib, kerana maksud asal perintah adalah wajib, dan Nabi Muhammad s.a.w. juga tidak pernah meninggalkan ibadah korban seumur hidup baginda.

Jadi, jika kita berpegang dengan pendapat ini, tunaikanlah ibadah korban pada setiap tahun dan ianya memadai dengan menyembelih seekor kambing yang tentu sahaja tidak menjadi kesukaran bagi mereka yang mampu.

Masakan tidak, jika mengembara ke luar negara yang tidak wajib pun mampu dilakukan pada setiap tahun, kenapa ibadah korban yang diperintahkan oleh Allah menjadi sesuatu yang berat baginya?

Tetapi, jika takut menyusahkan, ikutlah jumhur (majoriti) ulama yang berpendapat bahawa ibadah korban hanyalah sunnah muakkadah, sebagaimana perintah supaya menunaikan Solat Hari Raya Korban di dalam ayat di atas juga hanyalah sunnah muakkadah.

Apa yang penting, setiap daripada kita hendaklah berazam dan berusaha untuk menunaikan ibadah korban sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kerana ia adalah perintah Alalh dan sunnah Nabi-Nya s.a.w.

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
KENAPA ULAMA HADIS MEMPUNYAI RAMAI GURU?
Next
ADAKAH BELAJAR HADIS DI INDIA LEBIH BAIK DARIPADA DARUL...
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save