·
SOALAN: Adakah terdapat Solat Sunat Qabliyyah (Sebelum) bagi Solat Jumaat dan Solat Isyak
JAWAPAN:
Para ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Mazhab Syafi’i berpendapat bahawa terdapat Solat Sunat Qabliyyah sebelum Solat Jumaat dan Solat Isyak, berdasarkan keumuman sabda Nabi s.a.w.:
بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ ـ ثَلاَثًا ـ لِمَنْ شَاءَ
Maksudnya:
“Antara setiap dua azan (iaitu azan dan iqamat) terdapat solat (baginda menyebutnya sebanyak tiga kali) bagi sesiapa yang mahu.”
Meskipun sebahagian ulama lain tidak bersetuju dengan penghujahan ini, tetapi kerana kedua-dua pihak mempunyai dalil yang agak kuat.
Maka, persoalan ini termasuk dalam masalah khilaf mu’tabar yang tidak wajar dibid’ahkan.
Wallahua’lam.