SOALAN: Apakah perbezaan Syi’ah di Syria dan Iran?
JAWAPAN:
Secara umumnya, Iran lebih didominasi oleh Firqah Syi’ah Imamiyyah. Manakala di Syria, meskipun Syi’ah hanyalah kelompok minoriti, tetapi di sana terdapat lebih banyak aliran Syi’ah seperti Alawiyyah, Imamiyyah, Isma’iliyyah dan Druze yang pada asalnya adalah pecahan dari firqah Syi’ah Isma’iliyyah.
Tetapi, sebagaimana kata ulama:
الكفر ملة واحدة
Maksudnya: “Kekufuran adalah satu agama.”
Maka, semua perbezaan ini pada hakikatnya adalah satu kekufuran yang sama meskipun ia menumpang pada banyak nama.
Kerana itulah Kaum Syi’ah tetap boleh bersepakat apabila menghadapi musuh yang sama iaitu umat Islam.
Dan yang paling penting, dari aliran mana pun mereka datang, rata-rata Syi’ah pada hari ini tidak berperikemanusiaan.
Segala yang tercatat di dalam kitab-kitab mereka selama ini yang menyatakan bahawa apabila Imam Mahdi (versi Syi’ah) keluar nanti, dia akan merobohkan Ka’bah, membunuh penjaga Tanah Haram, dan membongkar kubur para sahabat, lalu mengisytihar di hadapan orang ramai bahawa para sahabat adalah penjahat lagi penipu yang telah merosakkan agama, pada hari ini, sebahagian kezaliman itu sudah pun mereka pertontonkan, meskipun Imam Mahdi belum muncul.
Hal ini berpunca daripada teori Wilayat al-Faqih cetusan al-Khumaini di dalam kitabnya, Hukumah Islamiyyah, yang memberikan bidang kuasa kepada para ulama Syi’ah untuk menjalankan misi Imam Mahdi sebelum kemunculannya.
Walhal jika mengikut ajaran Syi’ah yang sebenar, mereka tidak berhak pun untuk menegakkan sebuah negara sebelum kedatangan Imam Mahdi.
Wallahua’lam.