• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK

APAKAH MAKSUD BULAN-BULAN HARAM?

· Isu Semasa

SOALAN: Apakah yang dimaksudkan dengan Bulan Haram dan berapakah bilangan Bulan Haram?

JAWAPAN:

Secara ringkasnya, Bulan-Bulan Haram merujuk kepada Bulan Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab.

Keempat-empat bulan ini telah ditetapkan oleh masyarakat ‘Arab jahiliah dahulu sebagai suatu tempoh di mana haramnya untuk mereka berperang, kerana mereka dahulu sangat suka berperang.

Jadi, Bangsa ‘Arab jahiliah menetapkan empat bulan ini sebagai tempoh bertenang sesama mereka.

Malangnya, mereka seringkali melanggar apa yang mereka sendiri tetapkan, lebih-lebih lagi jika ada dalam kalangan mereka yang sudah hampir memenangi sesebuah peperangan.

Misalnya, jika sesebuah qabilah yang berperang itu sudah hampir menang sedangkan bulan haram hampir masuk, maka mereka pun akan menunda bulan haram itu beberapa hari sehinggalah mereka akhirnya mengecepi kemenangan. Kesannya, perjalanan bulan qamariah menjadi caca-merba.

Perbuatan inilah yang dicela oleh Allah S.W.T. melalui firman-Nya:

إِنَّمَا النَّسِيءُ زِيَادَةٌ فِي الْكُفْرِ ۖ يُضَلُّ بِهِ الَّذِينَ كَفَرُوا يُحِلُّونَهُ عَامًا وَيُحَرِّمُونَهُ عَامًا لِّيُوَاطِئُوا عِدَّةَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ فَيُحِلُّوا مَا حَرَّمَ اللَّهُ ۚ زُيِّنَ لَهُمْ سُوءُ أَعْمَالِهِمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

Maksudnya:

“Sesungguhnya, penangguhan bulan haram itu adalah tambahan dalam kekufuran (yang mana) dengan itulah orang-orang kafir disesatkan. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain untuk menyesuaikan bilangan yang Allah haramkan, lalu mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah. Telah dijadikan indah bagi mereka perbuatan buruk mereka itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.”

SURAH AT-TAUBAH (9) : 37

Lalu, setelah Nabi Muhammad S.A.W. diutuskan, perjalanan bulan-bulan qamariyah disusun supaya kembali mengikut aturan yang asal dan penetapan Bulan-Bulan Haram ini diteruskan sebagaimana sabda baginda:

إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya:

"Sesungguhnya, masa telah kembali seperti keadaannya pada hari Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu dua belas bulan; empat daripada adalah bulan haram; tiga berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, serta Rejab Mudhar (nama salah satu qabilah ‘Arab yang sangat menghormati Bulan Rejab) yang berada antara dua bulan Jumad (Jamadil Awwal dan Jamadil Akhir) dan Sya’ban.”

SAHIH AL-BUKHARI (4662)

Tujuannya adalah untuk membiasakan masyarakathidup dalam suasana aman dan tenteram.

Hal ini samalah seperti penetapan Tanah Haram yang bertujuan untuk mengajar manusia supaya bersikap cermat dan berhati-hati saat berinteraksi dengan alam.

Lalu, setelah dapat mendisipkan diri di Tanah Haram, diharap budaya yang sama boleh dibawa balik ke tanah air masing-masing.

Wallahua’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
BOLEHKAH MENJAMAKKAN SOLAT TANPA MUSAFIR?
Next
KENAPA ULAMA HADIS MEMPUNYAI RAMAI GURU?
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save