• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK

BENARKAH NAMA MUHAMMAD HANYA WUJUD SELEPAS LAHIRNYA RASULULLAH S.A.W.?

· Sirah

SOALAN: Benarkah dakwaan bahawa Nabi s.a.w. adalah manusia pertama yang diberikan nama “Muhammad” dan sebelum lahirnya baginda, tidak ada seorang pun manusia yang menggunakan nama tersebut?

JAWAPAN:

Dakwaan tersebut tidak benar, kerana di dalam riwayat ada disebutkan beberapa orang yang bernama Muhammad sebelum lahirnya Rasulullah s.a.w.

Antaranya, adalah Muhammad bin Sufyan bi nMujasyi yang merupakan nenek moyang kepada penyair ‘Arab Jahiliah, Farazdaq.

Nama kedua ialah Muhammad bin Uhaihah bin al-Julah bin al-Harisy bin Jumahi bin Kulmah bin ‘Auf bin ‘Amr bin ‘Auf bin Malik bin al-‘Aus.

Nama yang ketiga ialah Muhammad bin Humran bin Rabi’ah.

Hal ini sebagaimana yang disebutkan oleh as-Suhaili di dalam kitabnya, ar-Raudh al-Unf.

Selain tiga nama tersebut, al-Qadhi al-‘Iyadh menambah tiga lagi nama di dalam karyanya, asy-Syifa’ bi Ta’rif Huquqi Musthofa iaitu Muhammad bin Maslamah al-Ansori, Muhammad bin Bara’ al-Bakri dan Muhammad bin Khuza’i.

Selengkapnya, Syaikh Khalil al-Laqani menyenaraikan 17 orang yang telah menggunakan nama Muhammad sebelum lahirnya Nabi Muhammad s.a.w., di dalam risalah kecilnya, Tanbih al-Fahim bizikri man Tusamma bismi Muhammad al-Karim, iaitu:

  1. Muhammad bin Uhayhah
  2. Muhammad bin Usamah bin Malik bin Habib bin al-‘Anbar
  3. Muhammad bin al-Barr
  4. Muhammad bin al-Harits bin Hudaij (sahabat Nabi)
  5. Muhammad bin Hirmaz
  6. Muhammad bin Humran bin Abi Humran, Rabi’ah bin Malik al-Ju’fi
  7. Muhammad bin Khuza’i
  8. Muhammad bin Khauli al-Hamdani
  9. Muhammad bin Sufyan bin Majasyi’
  10. Muhammad bin Rabi’ah at-Tamimi as-Sa’di (sahabat Nabi)
  11. Muhammad bin ‘Uqbah bin al-Julahal-Awsiy
  12. Muhammad bin ‘Amru bin Mughfil
  13. Muhammad bin al-Yuhmid
  14. Muhammad bin Yazid bin ‘Amru bin Rabi’ah
  15. Muhammad al-Usaidi
  16. Muhammad al-Fuqaymi dan
  17. Muhammad bin Maslamah (sahabat Nabi).

Wujudnya nama Muhammad hatta dalam kalangan sahabat menunjukkan bahawa pemberian nama tersebut tidaklah dilarang.

Sebaliknya, apa yang dilarang hanyalah penggunaan nama Muhammad bersama-sama kunyahnya (gelarannya) iaitu Abu al-Qasim. Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dengan sanadnya:

عَن ْأَنَسٍ قَالَ نَادَى رَجُلٌ رَجُلاً بِالْبَقِيعِ يَا أَبَا الْقَاسِمِ‏.‏ فَالْتَفَتَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم‏.‏ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي لَمْ أَعْنِكَ إِنَّمَا دَعَوْتُ فُلاَنًا‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم‏ تَسَمَّوْا بِاسْمِي وَلاَ تَكَنَّوْا بِكُنْيَتِي‏.‏

Maksudnya:

Daripada Anas, katanya, “Seorang lelaki telah memanggil seorang lelaki yang lain di Baqi’, ‘Wahai Abu al-Qasim!” Maka, Rasulullah s.a.w. pun memalingkan wajahnya ke arah lelaki itu.

Tiba-tiba, lelaki itu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak memanggil engkau. Sebaliknya, aku memanggil fulan itu.”

Maka, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kalian boleh menggunakan namaku, tetapi jangan menggunakan kunyahku.”

SAHIH MUSLIM (2131)

Tetapi, larangan ini hanya berlaku pada zaman Nabi s.a.w. untuk mengelakkan kaum munafiq dan Yahudi daripada mempermainkan baginda.

Selepas wafatnya Nabi s.a.w., larangan itu pun terangkat.

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
BENARKAH KITAB AL-HIKAM TIDAK BAGUS UNTUK DIBACA?
Next
ADAKAH BACAAN TERTENTU SEBELUM AZAN ITU SUNNAH ATAU ADAT?
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save