• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK

BOLEHKAH BERTAWASSUL DENGAN SELAIN DARIPADA NABI?

· Aqidah

SOALAN: Adakah diharuskan untuk bertawassul dengan selain daripada Nabi s.a.w. seperti bertawassul dengan para solihin yang telah meninggal dunia? Adakah tawassul dalam bentuk ini termasuk dalam perkara khilaf?

JAWAPAN:

Benar, tawassul dengan (kemuliaan) Nabi s.a.w. dan orang-orang soleh yang telah meninggal dunia termasuk dalam perkara khilaf. Tetapi, sebaiknya tidak dilakukan kerana lebih selamat dengan mengambil jalan sadd az-zari’ah iaitu menutup jalan yang membawa kepada kebinasaan.

Hal ini kerana membenarkan amalan ini boleh membawa kepada kesyirikan. Dan hal ini telah pun berlaku di beberapa tempat yang berpunca daripada sikap bermudah-mudahan sebagaian pihak berkuasa agama.

Misalnya, golongan Brelvi di Pakistan telah sampai ke tahap meminta secara langsung kepada mayat di dalam kubur atas alasan tawassul (perantara), sedangkan tidak terdapat satu pun ayat di dalam al-Quran atau hadis yang menyuruh kita menjadikan Nabi s.a.w. atau orang-orang soleh sebagai perantara untuk berdoa kepada-Nya.

Sebaliknya, di dalam al-Quran, Allah berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya:

Tuhan kalian telah berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, Aku pasti akan memperkenankan permintaan kalian.”

Surah Ghafir (40) : 60

Di dalam hadis juga, Nabi s.a.w. bersabda:

إِذَاسَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ

Maksudnya:

“Apabila kalian meminta (doa), mintalah kepada Allah dan apabila kalian memohon pertolongan (dalam bentuk doa), mintalah pertolongan kepada Allah.”

Jami’ at-Tirmizi (2516) : Hasan Sahih

Adapun di sisi golongan yang bertawassul dan beristighasah dengan mayat, mereka meyakini bahawa mayat itu sebenarnya masih hidup di sisi Allah. Maka, tidak salah untuk meminta pertolongan daripada orang-orang yang telah meninggal dunia itu supaya mayat itu meminta bantuan daripada Allah bagi pihak mereka.

Sedangkan hakikatnya orang-orang yang telah meninggal dunia itulah yang lebih berhajat kepada doa-doa daripada kita yang masih hidup; bukannya kita yang berhajat kepada doa mereka.

Kerana itulah disyari'atkan solat jenazah dan doakepada mayat sebagaimana yang sabit di dalam banyak hadis. Sebaliknya, tidak terdapat satu hadis pun yang menyuruh kita meminta kepada mayat untuk berdoa kepada Allah bagi pihak kita.

Benar, roh mereka masih hidup, tetapi mereka hidup di dalam kehidupan dan alam yang berbeza dengan kita.

Dan kemuncak bagi pengharusan amalan bertawassul dengan mayat ini ialah pada akhirnya mereka akan berdoa kepada mayat itu sendiri.

Maka, jalan yang lebih baik dan lebih selamat adalah dengan meninggalkan terus amalan bertawassul dengan mayat demi keselamatan aqidah kita, kerana sebagaimana kita disuruh untuk berhati-hati dalam masalah fiqh, maka tentu sahajalah kita perlu lebih berhati-hati dalam masalah ‘aqidah.

Jika mahu bertawassul, bertawassullah dengan perkara-perkara yang diterima oleh para ‘ulamak secara ijmak seperti bertawassul dengan amal soleh yang kita lakukan, iaitu dengan menyebut mana-mana amal soleh yang pernah kita lakukan di dalam doa kita, lalu kita meminta kepada Allah
untuk menunaikan permintaan kita jika Dia menerima amalan yang kita telah lakukan itu.

Adapun bertawassul dengan mayat, meninggalkannya lebih baik kerana ada bahaya besar yang berada di hadapannya. Meskipun ia masih termasuk dalam masalah khilaf, memilih pendapat yang melarangnya adalah lebih baik dan lebih selamat.

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
BENARKAH KARRAMALLAHU WAJHAH ISTILAH SYI'AH?
Next
HUKUM MENYENTUH AL-QURAN TANPA WUDHUK
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save