SOALAN: Adakah kita dibolehkan mencerca dan memaki puak-puak Syi’ah dengan kata-kata kesat dalam laman sosial?
JAWAPAN:
Ketika berinteraksi dengan Kaum Syi’ah, kita sebenarnya berperanan sebagai soerang pendakwah, dan sebagai pendakwah, kita hendaklah menjaga akhlaq dan tutur kata kita.
Maka, berdakwahlah dengan mengemukakan hujahdan bukti secara baik, sebagai mana firman-Nya:
قُلْ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدْعُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ ۚعَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى ۖ وَسُبْحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad), “Inilah jalan dakwahku. Aku menyeru (manusia) kepada Allah di atas hujah dan bukti yang jelas nyata. Inilah jalanku dan jalan para pengikutku. Maha Suci Allah, aku tidaklah termasuklah dalam kalangan Kaum Musyrikin (yang menyebarkan dakyah dengan cara yang sebaliknya)!”
SURAH YUSUF (12) : 108
Adapun sumpah seranah dan maki hamun, ia bukanlah cara Ahlus Sunnah berdakwah, kerana Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan sasaran dakwahnya, kecuali kalau mereka yang mula berkasar dahulu dengannya.
Bahkan Allah s.w.t. telah berfirman:
وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍۢ مَّهِينٍ ● هَمَّازٍۢمَّشَّآءٍۭ بِنَمِيمٍۢ ● مَّنَّاعٍۢ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ
Maksudnya:
“Dan janganlah engkau mengikut setiap orang yang suka menyumpah seranah lagi hina pula (akhlaqnya), yang suka mencaci-maki lagi menjadi batu api, yang suka menghalang orang daripada melakukan kebaikan, lagi suka melanggar hukum-hakam agama serta banyak melakukan dosa!”
SURAH AL-QALAM (68) : 10 - 12
Maka, jika kata-kata kesat itu tidak dimulakan oleh Kaum Syi’ah, seharusnya kita lebih utama untuk menjaga lisan berbanding mereka.
Wallahua’lam.