SOALAN: Bolehkah kita menjadi makmum kepada imam Syi’ah yang bersolat sambil meletakkan Batu Karbala di depannya?
JAWAPAN:
Tidak boleh kerana ia melibatkan masalah ‘aqidah. Hal ini berbeza dengan sebahagian firqah lain seperti kelompok ‘Ibadhi (Khawarij) di Oman yang mana mereka sendiri pun rata-ratanya tidak suka dianggap sebagai terkeluar daripada Ahlus Sunnah dan kelihatannya sudah mula kembali kepada sunnah.
Jika sekadar begitu, masih boleh dimaafkan. Meskipun demikian, tetaplah juga para ulama kita memberikan panduan supaya tidak menjadikan ahlul bid’ah dan orang-orang fasiq sebagai imam, kerana meskipun solatnya mungkin sah, tetapi ia menjejaskan pahala solat jama’ah itu sendiri.
Maka, adalah lebih baik jika kita menghindari daripada bersolat di belakang imam Syi’ah.
Wallahu a’lam.