• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK

SESEORANG BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG YANG DICINTAINYA

· Akhlaq

SOALAN: Apakah yang dimaksudkan dengan hadis, “Seseorang bersama-sama dengan orang yang dicintainya”?

JAWAPAN:

Al-Imam al-Bukhari telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya:

قِيلَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم الرَّجُلُ يُحِبُّ الْقَوْمَ وَلَمَّا يَلْحَقْ بِهِمْ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Maksudnya:

Telah dikatakan kepada Nabi s.a.w., “Ada seorang lelaki yang mencintai suatu kaum, tetapi dia tidak mampu menyetarai mereka (dari sudut amalan).” Baginda pun bersabda, “Setiap seorang akan bersama-sama dengan sesiapa yang dicintainya.”

[Sahih al-Bukhari (6170)]

Di dalam satu lagi riwayat, Anas bin Malik r.a. berkata:

أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم عَنِ السَّاعَةِ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ‏ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا‏‏.‏ قَالَ لاَ شَىْءَ إِلاَّ أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صلى الله عليه وسلم‏.‏ فَقَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ

Maksudnya: Bahawasanya ada seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang Hari Qiyamat,
seraya berkata, “Bilakah Hari Qiyamat itu akan terjadi?” Baginda pun bersabda, “Apakah yang telah engkau siapkan untuk menghadapinya?” Lelaki itu menjawab, “Tidak ada apa-apa pun melainkan sesungguhnya aku mencintai Allah dan Rasul-Nya s.a.w.” Maka, baginda bersabda, “Engkau akan bersama-sama dengan sesiapa yang engkau cintai.”

[Sahih al-Bukhari (3688)]

Hadis ini menerangkan kelebihan mencintai orang-orang yang soleh iaitu kita boleh menumpang kebaikannya pada Hari Qiyamat nanti. Inilah maksud sebenar hadis ini.

Adapun secara zahirnya, hadis ini membawa maksud bahawa di dunia ini pun, kita akan bersama-sama dengan orang-orang yang kita cintai. Maka, jika dia jahat, orang akan menganggap yang kita juga sama-sama jahat sepertinya.

Demikianlah juga halnya dalam hal ehwal perkahwinan. Jika kita memilih pasangan hidup yang soleh atau solehah dan kita pun mencintainya, insya Allah kita akan bersama-sama dengannya di dalam syurga di akhirat nanti. Sebaliknya, jika pasangan hidup yang kita pilih atas dasar cinta itu adalah orang yang fasiq, dibimbangi kita akan dihumban bersama-sama dengannya ke dalam neraka.

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
KEWAJIPAN MEMAKAI SARUNG LENGAN DAN KAKI BAGI WANITA
Next
CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save