• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK

STATUS HADIS BERKAITAN IMAM MAHDI

· Aqidah

SOALAN: Apakah status hadis yang menyebut tentang Imam Mahdi?

JAWAPAN:

Secara umumnya, hadis-hadis yang menyebut tentang Imam Mahdi adalah bertaraf Mutawatir Ma’nawi; bukan Mutawatir Lafzi. Ertinya, terdapat ramai perawi yang meriwayatkan hadis ini dengan makna yang hampir serupa, meskipun ia datang dengan beberapa lafaz yang berbeza.

Kerana itulah ramai ‘ulamak yang memasukkannya dalam salah satu perbahasan ‘aqidah dan ia turut dibahaskan di dalam kitab-kitab ‘aqidah.

Tetapi, kita perlu sedar bahawa perbahasan soal Imam Mahdi ini termasuk dalam furu’ ‘aqidah kerana ia tidak disebutkan di dalam al-Quran dan hadis-hadis yang menyebut tentangnya hanyalah bertaraf Ahad; bukan Mutawatir Lafzi.

Al-Imam al-Bukhari juga tidak meriwayatkan sebarang hadis yang menyebut nama Imam Mahdi secara jelas. Sebaliknya, beliau hanya membawakan hadis-hadis yang menyebutkan sifat-sifat dan ciri-ciri Imam Mahdi tanpa menyebutkan sebarang nama khusus.

Tetapi, di dalam Sunan Abi Daud, Jami’ at-Tirmizi dan banyak lagi, nama Imam Mahdi sememangnya disebut secara jelas dan statusnya juga sahih tanpa boleh dipertikaikan lagi.

Namun begitu, sekiranya masih ada yang mempertikaikannya seperti al-Imam Ibn Khaldun, beliau masih lagi dianggap sebagai saudara seagama dengan kita dan beliau tidak boleh dikeluarkan daripada daerah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, jauh sekali untuk melabelkannya sebagai Ahlul Bid’ah kerana beliau hanya mempertikaikan masalah furu’ ‘aqidah; bukan usul ‘aqidah.

Demikianlah juga halnya dengan masalah Dajjal yang masih dipertikaikan oleh sebahagian ‘ulamak, dan mereka masih dianggap sebagai Ahlus Sunnah wal Jama’ah, kerana dalam masalah ‘aqidah, para ‘ulamak hanya bersepakat terhadap perkara-perkara yang disebutkan secara jelas di dalam al-Quran dan hadis-hadis Mutawatir Lafzi.

Adapun dalam masalah furu’ ‘aqidah, sememangnya terdapat banyak perbezaan pendapat yang tidak boleh dielakkan.

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
JIN BOLEH MEMUDARATKAN MANUSIA
Next
PERCANGGAHAN ANTARA WAHDATUL WUJUD DENGAN AJARAN ISLAM
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save