SOALAN: Adakah Mufti Makkah yang bernama Syaikh Ahmad Zaini Dahlan itu seorang Syi’ah?
JAWAPAN:
Tidak, beliau bukanlah seorang Syi’ah. Sebaliknya, beliau adalah seorang ‘ulama. Hanyasanya, beliau memusuhi dakwah Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab, sehingga golongan yang dilabel sebagai Wahhabi pun tidak suka kepadanya.
Meskipun terdapat beberapa pendapat beliau yang selari dengan Kaum Syi’ah seperti meyakini bahawa Abu Tholib adalah seorang Muslim, tetapi ada juga ulama Ahlus Sunnah lain yang mempunyai pandangan yang sama dengan Kaum Syi’ah dalam beberapa perkara furu’.
Jadi, tidaklah seharusnya untuk kitamenghukumnya sebagai Syi’ah hanya kerana ada pendapatnya yang sama dengan Kaum Syi’ah.
Dan di Malaysia, kebanyakan tok guru pondok di negara ini mengambil ilmu daripadanya. Maka, bolehlah dikatakan yang pendirian dan amalan sekolah-sekolah pondok pada hari ini sealiran dengan apa yang menjadi pegangan Syaikh Ahmad Zaini Dahlan.
Sehinggalah apabila munculnya golongan yang dilabel sebagai Wahhabi ini, sedikit demi sedikit, amalan yang biasa diamalkan di pondok-pondok pun mula menjadi malap disebabkan pengaruh mereka.
Wallahua’lam.