SOALAN: Berapa harikah diharuskan jamak dan qasar mengikut empat mazhab?
JAWAPAN:
Terdapat banyak pendapat dalam masalah ini kerana tidak terdapat sebarang hadis daripada Nabi s.a.w. yang menerangkan secara tepat bilangan hari diharuskan untuk kita mengqasarkan solat ketika musafir.
Demikian juga tidak terdapat sebarang hadis yang menerangkan secara jelas jarak musafir yang mengharuskan seseorang untuk mengqasarkan solatnya.
Yang ada hanyalah ijtihad para sahabat yang kemudiannya dipilih oleh para ulama yang datang kemudian.
Inilah puncanya kenapa ulama berbeza pendapat dalam masalah ini kerana setiap ulama mengambil pendapat daripada sahabat yang berbeza.
Tetapi, barangkali pendapat al-Imam al-Bukhariadalah yang paling tepat iaitu selama 19 hari kerana menurut al-Imam al-Bukhari, perjalanan ibadah haji yang ditempuh oleh Nabi s.a.w. adalah selama 19 hari, yang mana sepanjang tempoh ini, baginda menjamak dan mengqasarkan solatnya.
Maka, insya Allah, inilah pendapat yang paling tepat kerana ia sabit dengan perbuatan Nabi s.a.w. sendiri.
Wallahu a'lam.