• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sejarah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sejarah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sejarah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sejarah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK

KENAPA KEBANYAKAN NABI BERADA DI ASIA BARAT?

· Sejarah

SOALAN: Kenapa para Nabi yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadis, semuanya berada di sekitar Asia Barat? Tidakkah terdapat Nabi di kawasan lain seperti China, India atau negara-negara Eropah?

JAWAPAN:

Apabila Allah tidak menyebut sesuatu perkara, tidaklah bererti yang perkara itu tidak wujud. Misalnya, Allah tidak menyebut tentang buah durian dan rambutan, tetapi buah-buahan ini wujud.

Sebaliknya, di dalam al-Quran, Allah memilih untuk menyebut nama-nama buah yang diketahui oleh masyarakat Arab ketika itu sahaja seperti buah delima dan anggur.

Antara hikmahnya adalah supaya ia tidak dijadikan dalih oleh Kaum Musyrikin untuk mempertikaikan dan mempersendakan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Maka, demikianlah halnya juga dengan nama para Nabi yang disebutkan di dalam al-Quran; Allah hanya menyebut nama-nama Nabi yang masyhur dalam kalangan masyarakat Arab seperti Ismail, Ishaq, Ibrahim dan sebagainya.

Walhal, ada banyak lagi nama Nabi yang tidak disebutkan oleh Allah, dan hal ini diperakui sendiri oleh Allah melalui firman-Nya:

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًۭا مِّن قَبْلِكَ مِنْهُم مَّن قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ

Maksudnya:

“Dan Kami benar-benar telah mengutuskan para Rasul sebelummu (wahai Muhammad). Dalam kalangan mereka, ada yang telah Kami ceritakan kepadamu (tentang mereka), dan ada juga dalam kalangan mereka yang tidak Kami ceritakan kepadamu (tentang mereka)."

SURAH GHAFIR (40) : 78

Jadi, jika ada mengandaikan sebahagian tokoh agama terdahulu seperti Krisha, Seri Rama, Aristotle, Buddha, Confucius dan selainnya sebagai Nabi, ia mungkin benar, kerana Allah telah berfirman:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ أُمَّةٍۢ رَّسُولًا أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّـٰغُوتَ

Maksudnya:

“Dan Kami benar-benar telah mengutuskan seorang Rasul kepada setiap umat manusia (supaya mereka semua menyeru,) ‘Sembahlah Allah dan jauhilah toghut!’”

SURAH AN-NAHL (16) : 36

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
APAKAH MAKSUD SOLAT DAIMUN
Next
APAKAH BATAS INTERAKSI DENGAN ANAK ANGKAT YANG BUKAN ANAK...
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save