SOALAN: Adakah hadis yang bermaksud, “Seorang bayi itu tergadai dengan aqiqahnya,” bermaksud yang aqiqah itu wajib?
JAWAPAN:
Terdapat sebuah hadis yang mana Nabi s.a.w. telah bersabda:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya:
“Seorang bayi itu tergadai dengan aqiqahnya; disembelihkan untuknya pada hari ketujuh, diberi nama dan dicukur kepalanya.”
Hadis ini bukanlah membawa maksud galakan; bahkan tidak ada seorang pun ulama yang berpendapat bahawa aqiqah itu wajib.
Sebaliknya, hadis ini menunjukkan aqiqah itu sangat-sangat digalakkan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang sangat besar kurniaan Allah kepada ibu bapa iaitu seorang anak.
Kerana itulah kita tetap digalakkan untuk melakukan aqiqah walaupun setelah dewasa, sebagai qadha’ jika tidak sempat diaqiqahkan pada hari ketujuh kelahiran.
Wallahu a‘lam.