• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sejarah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sejarah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sejarah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sejarah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK

ADAKAH MELEBIHKAN BINAAN MASJID DI SEBELAH KANAN ITU LEBIH BAIK?

· Ibadah

SOALAN: Secara umumnya, kita ketahui yang solat di saf sebelah kanan itu lebih baik daripada solat di saf sebelah kiri. Jika demikian, adakah membina masjid dengan melebihkan ruang di sebelah kanan itu lebih baik supaya lebih ramai yang mendapat fadhilat bersolat di saf kanan?

JAWAPAN:

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud yang berbunyi:

إِنَ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى مَيَامِنِ الصُّفُوفِ

Maksudnya:

“Sesungguhnya, Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersolat di saf sebelah kanan.”

SUNAN ABI DAUD (676)

Namun begitu, hadis ini tidak sahih. Menurut asy-Syaikh Syu’aib al-Arna’uth:

"إسناده حسن إلا أن معاوية بن هشام وهم في قوله "على ميامن الصفوف" والصحيح أنه بلفظ "على الذين يصلون الصفوف

Maksudnya:

Isnad hadis ini hasan, tetapi Mu’awiyah bin Hisyam terkeliru pada lafaz “Kepada orang-orang yang yang bersolat disaf sebelah kanan.” Lafaz yang sahih ialah, “Kepada orang-orang yang menghubungkan saf-saf (yang terputus).”

TAKHRIJ SUNAN ABI DAUD (676)

Lafaz sahih yang dimaksudkan oleh asy-Syaikh Syu’aib di atas adalah apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Majah dengan sanadnya daripada ‘A’isyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

إِنَّ اللَّه َوَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الَّذِينَ يَصِلُونَ الصُّفُوفَ وَمَنْ سَدَّ فُرْجَةً رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً

Maksudnya:

“Sesungguhnya, Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang orang yang menghubungkan saf-saf (yang terputus) dan barangsiapa yang menutup satu celah saf, Allah akan mengangkatnya dengan itu satu darjat."

SUNAN IBN MAJAH (995)

Meskipun demikian, sebahagian ulama berpendapat yang saf di sebelah kanan lebih afdhal daripada saf di sebelah kiri berdasarkan perbuatan Nabi s.a.w. yang suka memulakan perbuatan yang baik dengan sebelah kanan, sebagaimana kata ‘A’isyah r.a.:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِي شَأْنِهِ كُلِّهِ فِي نَعْلَيْهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ ‏.‏

Maksudnya:

“Biasanya, Rasulullah s.a.w. suka memulakan segala urusannya (yang baik) dengan yang kanan, seperti memakai sandal, menyisir rambut, dan bersuci (mengambil wudhu’).”

SAHIH MUSLIM (268)

Tetapi, ada juga ulama yang berpendapat bahawa kelebihan bersolat di saf sebelah kanan hanya ada pada zaman Nabi s.a.w. kerana selepas solat, Nabi s.a.w. biasanya akan memalingkan anggota badannya ke sebelah kanan untuk berzikir.

Dengan demikian, para sahabat boleh melihat wajah Nabi s.a.w. dan mempelajari tatacara baginda berzikir. Adapun selepas kewafatan Nabi s.a.w., kelebihan itu tidak lagi ada.

Dan yang pasti, tidak ada seorang pun ulama yang berpendapat bahawa dianjurkan untuk melebihkan binaan masjid di sebelah kanan.

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
ADAKAH TERDAPAT SOLAT SUNAT QABLIYYAH JUMAAT & ISYAK?
Next
KENAPA ULAMA HADIS MAZHAB SYAFIE TAK IKUT AQIDAH IMAM...
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save