·
SOALAN: Adakah banjir pada zaman Nabi Nuh a.s. itu menenggelami dan memusnahkan seluruh dunia? Adakah semua makhluk menaiki bahtera itu termasuklah haiwan?
JAWAPAN:
Sebahagian ulama berpendapat yang banjir pada zaman Nabi Nuh a.s. menenggelami seluruh dunia. Sebahagian lagi ulama berpendapat yang banjir tersebut hanya menimpa kawasan yang didiami oleh manusia kerana bilangan manusia sangat terhad pada zaman itu.
Maka, haiwan yang dibawa naik oleh Nabi Nuh a.s. pun hanyalah haiwan yang hidup di sekitar kawasan baginda sahaja. Haiwan-haiwan lain tidak dibawa naik kerana kawasan lain tidak ditimpa banjir sehingga haiwan-haiwan tersebut boleh membiak seperti biasa.
Menurut kami, inilah pandangan kedua inilah yang lebih munasabah.
Wallahu a'lam.