• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sejarah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sejarah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sejarah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sejarah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK

BENARKAH RASULULLAH TIDAK PERNAH KETAWA MELAINKAN TERSENYUM?

· Sejarah

SOALAN: Benarkah dakwaan yang sepanjang hayat Nabi s.a.w., baginda tidak pernah ketawa sama sekali; sebaliknya, jika baginda gembira, baginda hanya menzahirkannya dengan cara tersenyum?

JAWAPAN:

Kegembiraan apabila memenangi sesuatu pertandingan atau berjaya mengalahkan musuh adalah fitrah manusia, dan kegembiraan ini boleh dizahirkan secara zahir seperti ketawa; bukan sekadar rasa gembira di dalam hati sahaja.

Maka, demikianlah juga halnya Nabi s.a.w. pernah ketawa sehingga tampak giginya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud dengan sanadnya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ أَتَى رَجُلٌ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ هَلَكْتُ ‏.‏ فَقَالَ ‏"‏ مَا شَأْنُكَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِي فِي رَمَضَانَ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَهَلْ تَجِدُ مَا تُعْتِقُ رَقَبَةً ‏"‏ ‏.‏ قَالَ لاَ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ لاَ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تُطْعِمَ سِتِّينَ مِسْكِينًا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ لاَ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ اجْلِسْ ‏"‏ ‏.‏ فَأُتِيَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِعَرَقٍ فِيهِ تَمْرٌ فَقَالَ ‏"‏ تَصَدَّقْ بِهِ ‏"‏ ‏.‏ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا بَيْنَ لاَبَتَيْهَا أَهْلُ بَيْتٍ أَفْقَرَ مِنَّا فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَتَّى بَدَتْ ثَنَايَاهُ قَالَ ‏"‏ فَأَطْعِمْهُ إِيَّاهُمْ ‏"‏ ‏.‏ وَقَالَ مُسَدَّدٌ فِي مَوْضِعٍ آخَرَ أَنْيَابُهُ ‏.‏

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, “Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata, ‘Aku telah binasa!’ Baginda pun bertanya, ‘Apa yang telah terjadi padamu?’ Lelaki itu menjawab, ‘Aku telah menyetubuhi isteriku pada siang hari bulan Ramadan!’

Baginda bertanya, ‘Adakah engkau mampu memerdekakan seorang hamba?’ Lelaki itu menjawab, ‘Tidak.’ Baginda bertanya lagi, ‘Adakah engkau mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?’ Lelaki itu menjawab, ‘Tidak.’ Baginda bertanya lagi, ‘Adakah engkau mampu memberi makan kepada 60 orang miskin?’ Lelaki itu menjawab, ‘Tidak.’

Baginda pun bersabda, ‘Duduklah.’ Kemudian Nabi s.a.w. didatangkan dengan satu bekas berisi kurma, lalu baginda bersabda, ‘Bersedekahlah dengannya.’ Lelaki itu berkata, ‘Wahai Rasulullah, tidak ada satu keluarga pun di antara dua batu hitam (di dalam Madinah) yang lebih miskin daripada kami.'

Maka. Rasulullah s.a.w. tertawa sehingga tampak gigi serinya (gigi depan), lalu Baginda bersabda, ‘Berilah makanan itu kepada keluargamu.’

Musaddad meriwayatkan dalam versi lain, "Baginda tertawa sehingga tampak gigi taringnya."

SAHIH ABI DAUD (2390) : SAHIH

Maka, inilah kadar ketawa yang disebutkan dalam kebanyakan riwayat iaitu baginda tertawa sehingga tampak gigi hadapan atau gigi taringnya.

Tetapi, pernah juga Nabi s.a.w. tertawa sehingga tampak gigi gerahamnya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dengan sanadnya:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ يَهُودِيًّا، جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّ اللَّهَ يُمْسِكُ السَّمَوَاتِ عَلَى إِصْبَعٍ وَالأَرَضِينَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالْجِبَالَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالشَّجَرَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالْخَلاَئِقَ عَلَى إِصْبَعٍ، ثُمَّ يَقُولُ أَنَا الْمَلِكُ‏.‏ فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ ثُمَّ قَرَأَ ‏{‏وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ‏}‏‏.‏ قَالَ يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ وَزَادَ فِيهِ فُضَيْلُ بْنُ عِيَاضٍ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَبِيدَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم تَعَجُّبًا وَتَصْدِيقًا لَهُ‏.‏

Maksudnya:

Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a., bahawasanya seorang Yahudi telah datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata, "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah memegang langit-langit di atas satu jari, bumi-bumi di atas satu jari, gunung-gunung di atas satu jari, pokok-pokok di atas satu jari, dan seluruh makhluk di atas satu jari, kemudian Dia berkata, ‘Akulah Raja!’”

Maka, Rasulullah s.a.w. tertawa sehingga tampak gigi gerahamnya. Kemudian Baginda membaca ayat, “Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan sebenar-benar pengagungan terhadap-Nya.” [Surah al-An‘am (6) : 91]

Yahya bin Sa‘id berkata: Fudhail bin ‘Iyadh menambahkan dalam riwayatnya daripada Mansur, daripada Ibrahim, daripada ‘Ubaidah, daripada Abdullah bin Mas’ud, "Maka Rasulullah ﷺ tertawa kerana kagum dan membenarkan kata-kata lelaki itu."

SAHIH AL-BUKHARI (7414)

Jadi, tidak benarlah dakwaan kononnya Nabi s.a.w. tidak pernah ketawa sama sekali. Sebaliknya, sama seperti orang lain, baginda juga ketawa sehingga tampak gigi baginda yang indah.

Hanyasanya baginda tidak suka ketawa terbahak-bahak, sebagaimana sabdanya:

وإياك وكثرةَ الضَّحِكِ، فإنه يميتُ القلبَ، ويذهبُ بنور الوجهِ

Maksudnya:

“Jauhilah olehmu daripada banyak ketawa, kerana sesungguhnya ia mematikan hati dan menghilangkan cahaya wajah.”

SAHIH AT-TARGHIB (2868) : SAHIH LIGHAIRIH

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
SUNNAHKAH MENYAPU TENGKUK KETIKA WUDHU'?
Next
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save