• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK

BOLEHKAH MENJAMAKKAN SOLAT TANPA MUSAFIR?

SOALAN: Sejauh manakah kita diharuskan untuk menjamakkan solat jika tidak bermusafir? Adakah kita boleh menjamakkan solat untuk mengelakkan diri daripada melewatkan solat atau solat di luar waktu kerana takut terkandas akibat kesesakan jalan raya atau pengunaannya terhad untuk keadaan atau situasi tertentu sahaja?

JAWAPAN:

Secara ringkasnya, kita diharuskan untuk menjamakkan solat tanpa sebarang sebab tertentu seperti musafir, hujan atau sakit, jika kita mempunyai sebarang masyaqqah (kesempitan) lain dengan syarat ia tidak dijadikan kebiasaan, hatta di dalam rumah; inilah pendapat yang dipegang oleh sebahagian ulama, antaranya al-Imam al-Bukhari.

Antara dalil yang dijadikan hujah untuk menyokong pendapat ini adalah sebuah hadis riwayat Ibn ‘Abbas r.a.huma. yang mana beliau berkata:

جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِوَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلاَ مَطَرٍ ‏

Maksudnya:

“Rasulullah s.a.w. telah menjamakkan Solat Zohor dengan Solat ‘Asar dan Solat Maghrib dengan Solat ‘Isyak di Madinah tanpa sebab takut atau hujan.”

Lalu, apabila ditanya tentang kenapa baginda berbuat demikian, Ibn ‘Abbas r.a.huma. berkata:

كَىْ لاَ يُحْرِجَ أُمَّتَهُ

Maksudnya:

“Supaya tidak disempitkan umatnya.”

SAHIH MUSLIM (705)

Hadis ini bukanlah bererti yang kita dibenarkan untuk menjamakkan solat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab, sebaliknya ia menunjukkan bahawa terdapat keluasan dalam masalah jamak berbanding qasar yang hanya diharuskan untuk mereka yang bermusafir.

Adapun menjamakkan solat, ia boleh dilakukan jika terdapat sebarang masyaqqah (kesempitan) dengan syarat ia tidak dijadikan kebiasaan, sebagaimana Nabi s.a.w. sendiri tidak menjadikannya sebagai kebiasaan baginda, walau pun baginda sangat sibuk dengan tugasnya sebagai seorang Nabi dan pemerintah.

Maka, hendaklah kita menilai tahap kesempitan kita dengan adil sebelum memutuskan sama ada kita perlu menjamakkan solat atau tidak.

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
ADAKAH AL-IMAM IBN AL-QAYYIM SESAT?
Next
APAKAH MAKSUD BULAN-BULAN HARAM?
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save