• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sejarah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sejarah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sejarah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sejarah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK

HUKUM DAN KELEBIHAN MENJAWAB AZAN

· Ibadah

SOALAN: Apakah hukum menjawab azan? Adakah hukumnya wajib atau sekadar mempunyai fadhilat?

JAWAPAN:

Menjawab azan dalam erti kata menyahut seruan azan dengan menunaikan solat, maka hukumnya wajib.

Adapun, menjawab lafaz-lafaz azan, iaitu dengan mengulangi apa yang disebutkan oleh juru azan, majoriti ‘ulamak berpendapat bahawa hukumnya sunat.

Lafaz azan dijawab dengan mengulangi apa yang telah disebutkan oleh juru azan, sebagaimana sabda
Nabi s.a.w.:

إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ الْمُؤَذِّنُ

Maksudnya: “Apabila kalian mendengar seruan (azan), ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan oleh juru azan itu,”

[Sahih Muslim (383)]

Kecuali pada lafaz “Hayya‘alas Solah,” kerana di dalam hadis lain, Nabi s.a.w. bersabda:

ثُمَّ قَالَ حَىَّ عَلَى الصَّلاَةِ‏ قَالَ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Maksudnya: “Kemudian, apabila dia (juru azan) berkata, ‘Hayya ‘alas Solah,’ katakanlah ‘La haula wala quwwata illabillah.’”

 

Dan barangsiapa yang menjawab lafaz-lafaz azan ini, dia akan memperolehi fadhilatnya, iaitu dikurniakan doa yang mustajab, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud dengan sanadnya daripada ‘Abdullah bin ‘Amru r.a., katanya:

أَنَّ رَجُلاً قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْمُؤَذِّنِينَ يَفْضُلُونَنَا‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قُلْ كَمَا يَقُولُونَ فَإِذَا انْتَهَيْتَ فَسَلْ تُعْطَهْ.‏

Maksudnya: Bahawasanya ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya juru azan telah mendahului kami (dengan pahalanya).” Maka, Rasulullah pun s.a.w. bersabda, “Ucapkanlah sebagaimana yang diaucapkan. Lalu, apabila dia telah selesai (mengumandangkan azan), mintalah (sebarang hajat kepada Allah), nescaya akan dikurniakan-Nya (setiap permohonan itu).”

[Sahih Abi Daud (524) : Hadis Hasan Sahih]

Selain itu, dia juga akan dimasukkan ke dalam syurga, dengan syarat ia dijawab dengan penuh keimanan sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a. katanya:

كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَامَ بِلاَلٌ يُنَادِي فَلَمَّا سَكَتَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَنْ قَالَ مِثْلَ هَذَا يَقِينًا دَخَلَ الْجَنَّةَ‏

Maksudnya: Kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Lalu, Bilal berdiri untuk mengumandangkan azan. Dan tatkala Bilal berdiam (antara bait-bait azan), Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa yang mengucapkan perkataan yang sama dengan bait-bait azan ini dengan penuh keyakinan (keimanan), nescaya dia akan memasuki syurga.”

[Sahih an-Nasa’i (673): Hadis Hasan]

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
BATASAN AURAT LELAKI DAN WANITA
Next
STATUS ZIKIR-ZIKIR DI DALAM AL-MA'TSURAT HASAN AL-BANNA
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save