SOALAN: Sejauh manakah rukhsah hujan ketika Solat Jumaat? Ada orang mengatakan rukhsah ini hanya dibolehkan untuk persekitaran Madinah sahaja berdasarkan latar hadis. Sebaliknya di Malaysia, tidak dibolehkan rukhsah ini. Minta pencerahan.
JAWAPAN:
Pendapat ini ada benarnya, tetapi para ulama sebenarnya berbeza pendapat dalam masalah ini. Ada yang berpendapat bahawa rukhsah meninggalkan Solat Jumaat ketika hujan sama seperti rukhsah mengqasarkan solat ketika musafir.
Ertinya, sebagaimana harus mengqasarkan solat ketika musafir, tanpa mengira sama ada musafir itu susah atau senang, demikianlah juga harus meninggalkan Solat Jumaat apabila hujan tanpa mengira sama ada seseorang itu mampu ke masjid atau tidak.
Tetapi, pendapat yang lebih adil adalah dengan melihat kepada keadaan kita. Sekiranya, hujan terlalu lebat menyebabkan kita sukar untuk ke masjid disebabkan ketiadaan kereta, payung dan sebagainya, maka tidaklah mengapa untuk kita beramal dengan rukhsah ini.
Wallahu a‘lam.